Mahir Masak Minggu 2
23 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2026, seorang peserta telah menyertai Kelas Mahir Masak Minggu 2 yang membincangkan topik SOP Kesihatan dan Keselamatan dan juga Cara Penggunaan Mesin dan Peralatan. Sesi ini bertujuan memastikan peserta memahami prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan makanan dan mengurangkan risiko kemalangan di dapur. Sepanjang sesi ini, peserta telah didedahkan kepada amalan kebersihan diri, pengendalian makanan yang betul, pencegahan pencemaran silang, serta kepentingan menjaga kebersihan kawasan penyediaan makanan. Selain itu, peserta turut diberi penerangan mengenai cara menggunakan mesin dan peralatan dapur dengan selamat, termasuk langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas penggunaan bagi mengelakkan kecederaan serta memastikan peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: